Welcome To My Life

HoBi Ku | aKu BeGiNNeR.. :D

Tuesday 9 November 2010

Salam Perkenalan.. :)


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. 

Pertama sekali aku ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memberi kesempatan untuk memiliki blog sendiri.. YYEEEEHHAAA!! (haha!! macam ketinggalan zaman pulak..) tapi nda kiralah ketinggalan zaman atau tidak, sekurang-kurangnya sekarang hajat ku tercapai.. YAAAHHHOOOOO!! :D  syukur Alhamdulillah..

semua orang mempunyai hobi.. begitu juga aku.. hobi aku mengetik kamera.. hobi ku ini sebenarnya sudah lama aku buat sejak di bangku sekolah lagi.. tetapi malangnya semua kamera yang ku pakai bukanlah kamera sendiri tetapi kebanyakkannya kamera pinjam.. (mana la ada duit mau beli kamera masa tu..) haha.. jenis -jenis kamera yang pernah aku sentuh termasuklah kamera jenis roll yg pakai  'pelem' tu, kamera handphone dan tidak lupa juga kamera kompak digital.. ala.. yg kecik-kecik slim tu.. dari sekolah lagi aku sudah memiliki banyak jenis gambar.. tapi kebanyakkannya jenis gambar potrait lah..  tetapi malangnya di dalam kebanyakkan gambar tersebut bukan lah gambar muka sendiri, tetapi kebanyakkannya gambar - gambar saudara mara, keluarga, kawan-kawan dan lain-lain lagi.. mana tidaknya, asal ada apapa perayaan, akulah orang pertama yang akan memegang kamera tersebut.. last-last(uiseh.. kata ganda orang putih.. haha..) gambar aku sendiri juga yang tiada..

akhirnya baru-baru ini, entah mengapa tiba-tiba terdetik di hati untuk memiliki sebuah kamera digital single-lens reflex atau dalam bahasa ajaibnya "DSLR".. hehe.. aku ingatkan lepas beli kamera jenis ni sama la konon cara pemakaian dengan kamera-kamera yang aku pernah pakai.. rupanya tidak.. huhu.. sememangnya kamera jenis ini amat menggugat keimanan ku.. kalau pakai mode 'auto' memang la mantap gambar-gambar yang diambil.. tapi bila sudah mula pakai mode 'manual', alahai.. Tuhan saja yang tahu perasaan ku.. lain dalam imiginasi, lain pula hasilnya.. 

jadi dengan wujudnya blog ini, diharap para otai dan para pengkritik dan juga beginner lain yang baru hendak merangkak dalam dunia fotografi seperti aku ni..boleh la membantu beginner yang baru hendak menceburi bidang fotografi ini.. 

jasa anda semua sentiasa ku kenang.. tq.. :)